Tarikh | : 20 Januari 2018 |
Masa | : 2.00 - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Damak |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak. Terdapat 3 kelas yang di hadiri oleh pelajar berkenaan iaitu kelas asa Adobe Photoshop, Dashboard Komuniti dan kelas permainan pendidikan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari asas penggunaan aplikasi Adobe Photoshop untuk editing gambar. Manakala untuk kelas Dashboard Komuniti pula adalah untuk view produk-produk yang terdapat dalam aplikasi Myshop dan membuat slogan pada aplikasi Mykomuniti. Akhir sekali untuk kelas online game adalah untuk memberi pelajar bermain sambil belajar dari aplikasi yang telah disediakan di internet seperti Typing game, ABC Ya, Up To Ten dan mewarna offline yang telah di install pada pc pengguna.
Aktiviti
- Terdapat 3 kelas yang di hadiri oleh pelajar iaitu kelas Adobe Photoshop, Dashboard Komuniti dan Online game. Kelas Photoshop mempelajari asas editing gambar seperti ambil gambar di internet, pilih saiz latar belakang, masukkan gambar ke dalam Photoshop dan edit tulisan kemudian simpan bahan yang telah siap edit ke dalam bentuk jpeg. Kelas Dashboard Komuniti pula pelajar di arahkan untuk view produk yang terdapat dalam Myshop dan membuat slogan pada Mykomuniti. Kelas Online Game pula, pelajar diberi untuk main sambil belajar dari aplikasi yang telah di tetapkan untuk belajar di dalam kelas sahaja.