Jangan biarkan ‘scammer’ berleluasa!
Kekal berwaspada dan bersikap proaktif agar anda tidak menjadi mangsa yang mudah.
Muat turun aplikasi pengesan panggilan dari sumber yang sah (Google Play Store, Apple Store, Huawei Gallery)
Amalkan konsep 3S ‘Soal,Sekat,Sebar’
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am - 8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.
Sumber: TNB Careline
FB : Amaran Scammer
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=824927373160693&set=a.349238197396282
Awas! Jangan mudah terpedaya.
Berwaspada dengan ciri-ciri pelaburan yang tidak sah/"scam"
Ingat formula T.I.P.U sebelum melabur.
T - Tidak akan rugi
I - Indah khabar dari rupa
P - Peluang hanya sekali
U - Untung besar
Lindungi diri anda daripada terjebak sebagai mangsa scam!
"Silap labur, duit anda lebur!"
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=806767551643342&set=a.349238204062948
FB : Amaran Scam
Saban tahun jenayah penipuan siber atau scam menunjukkan trend yang semakin membimbangkan dan hampir setiap hari ada sahaja kes mangsa ditipu melalui panggilan telefon atau media sosial.
MCMC menasihati orang ramai agar kekal tenang dan jangan panik sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan. Jangan klik pautan yang mencurigakan serta jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda. Terus putuskan panggilan.
Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1013878840103979&set=a.413871480104721
FB : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kekal tenang dan terus ambil tindakan proaktif untuk melindungi diri anda sebaik mungkin jika anda rasa anda telah menjadi mangsa penipuan oleh ‘scammer’. Ikut langkah-langkah di bawah:
Sebagai langkah-langkah berjaga untuk kegunaan masa hadapan, rujuk hantaran media sosial kami sebelum ini melalui pautan di bawah:
1. https://bit.ly/tandatandascam
2. https://bit.ly/langkahlangkahselamat
Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=875642771260952&set=a.636393441852554
FB : TNB CareLine
𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈
Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi.
Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 𝟗𝟗𝟕 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝟐𝟒 𝐣𝐚𝐦 sekiranya disyaki terdapat unsur-unsur penipuan.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1041307327357748&set=a.473484567473363
FB : Kementerian Komunikasi