SCAMMER JAN2023

Anda tidak tahu panggilan daripada siapa?

Jom muat turun aplikasi Whoscall bagi membolehkan kita mengenal pasti panggilan yang diterima. Aplikasi ini membantu mencegah isu scam apabila panggilan masuk.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=708223737332395&set=a.398292848325487

FB : KPDN Laman Rasmi

 

WASPADA BERITA PALSU

Penggunaan media sosial secara tidak beretika oleh segelintir masyarakat kita dengan mencipta kandungan palsu dan menyebarkannya boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
 
Mari bersama membendung penularan berita palsu dengan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Semak dan laporkan di laman Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita.
 
FB : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 

MCMC KESELAMATAN

NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC)
 
Pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.
Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam - Setiap hari).
 
Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :
 
1. No. telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.
2. Masa dan tarikh panggilan diterima.
3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.
4. Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.
 
Mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.
 
NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
 
Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan jadi mangsa scam!
 
BE SMART, STAY ALERT!
 
 
FB : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KESELAMATAN PASSWORD

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk penyahihan dua-faktor (2FA).

Pastikan anda memilih cara yang sesuai dan memudahkan anda. Aktifkan sekarang!

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=678896983602168&set=a.413871480104721

FB : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

scam

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=628305095324260&set=a.398292848325487

FB : KPDNHEP Laman Rasmi

Awas !! Jangan mudah terpedaya dengan iklan penipuan pinjaman wang, anda bakal terjerat.