Tarikh : 3 Mac 2018
Masa : 2.00 - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Damak
Peserta : 6 Orang

Tujuan

  • Kelas ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Damak. Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang bahaya internet sekiranya tersalah menggunakannya. KDB memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang asas penggunaan internet dengan betul dan bijak. Kelas Microsoft Excel pula bertujuan untuk membuat jadual dan pengiraan. Game pembelajaran adalah untuk bermain sambil belajar dr aplikasi yang sudah di tetapkan untuk mereka semasa di dalam kelas. Microsoft Powerpoint adalah untuk memudahkan mereka belajar untuk membuat perbentangan pada masa akan datang.

Aktiviti

Kelas KDB para pelajar diberi tayangan tentang video KDB. Kelas Microsoft Excel mereka belajar membuat jadual dan jumlah yang tertentu untuk membuat pengiraan. Kelas online game pula adalah untuk memberi pelajar bermain sambil belajar dari aplikasi yang telah disediakan di internet seperti Typing game, ABC Ya, Up To Ten dan mewarna offline yang telah di install pada pc pengguna. Kelas Microsoft Powerpoint para pelajar belajar cara masukkan gambar dari internet ke Microsoft Powerpoint dan buat tulisan serta edit tulisan tersebut.

Gambar Di sini