Tarikh | : 6 Mei 2018 |
Masa | : 2:30 - 6:00 Petang |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Damak |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
- Kelas ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Damak. Kelas KDB ini bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan internet dan memupuk para pelajar dalam mengendali internet dengan betul. Kelas Microsoft Publisher bertujuan untuk belajar membuat kad ucapan hari guru. Kelas kahoot online pula adalah bertujuan untuk memberi pemahaman dan kepantasan dalam menjawab soalan.
Aktiviti
- Aktiviti KDB adalah tayangan video Klik Dengan Bijak. Aktiviti Microsoft Publisher ialah masukkan gambar dan ucapan sempena hari guru. Manakala aktiviti kahoot online pula ialah menjawab soalan kuiz online yang disediakan menggunakan aplikasi kahoot.