OKU 3 DIS 2021

Daripada 32.75 juta penduduk di Malaysia, 1.6% daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU). Menurut UNICEF, golongan OKU antara yang paling teruk terjejas dalam pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini dari segi ekonomi, sosial dan kesihatan. Bersempena Hari OKU Sedunia yang bertemakan ‘Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19’, bersama membentuk masyarakat yang inklusif, boleh diakses dan mampan untuk OKU dan semua kerana mereka juga adalah sebahagian daripada #keluargamalaysia yang perlu dilindungi.