Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.
Kami kongsikan tip penurunan berat badan:
- Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.
- Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori.
- Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.
- Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=579344190894255&set=a.221890939972917
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia