LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN INFLUENZA

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Virus influenza boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) ketika bersin, bercakap dan batuk.

Wabak influenza lazimnya berlaku secara bermusim hanya mengakibatkan selesema (flu) ringan tetapi boleh mendatangkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Oleh itu, orang awam dan golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. 

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=700672552094751&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia