KUALA GANDAH

Ditubuhkan pada tahun 1989, Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah di Pahang yang terletak di dalam Rizab Hidupan Liar Krau ini juga berada dalam kategori tempat menarik di Jerantut.   Pusat ini bertujuan untuk memelihara habitat gajah daripada diancam kepupusan.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, lebih daripada 700 gajah liar telah berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai seperti Taman Negara.  Di pusat ini, anda akan disajikan dengan aktiviti seperti menonton dokumentari, perbincangan pemuliharaan bagi memperkenalkan latar belakang dan kebolehan gajah dengan latihan dan lain-lain lagi. 

Seterusnya, anda juga dibenarkan melihat dan memberi makan gajah yang dipelihara di pusat pemuliharaan ini. Pusat ini dibuka setiap hari pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/