PAHANG

Lata Meraung

Lata Meraung adalah salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke Jerantut, Pahang.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk tempat solat, tandas, tapak perkemahan, jungle trekking dan banyak lagi.

Apa yang membuatnya lebih unik adalah suara air terjun yang seolah-olah menyerupai rintihan seorang yang meraung, itulah mengapa ia diberi nama “Lata Meraung.”

Tempat pelancongan di Pahang ini hanya 15 kilometer sahaja dari bandar Jerantut. Jom bersantai di air terjun Lata Meraung bersama keluarga.

Link : https://aliffchannel.com/57166/tempat-menarik-jerantut/