Puan Noraizam binti Jamaluddin berumur 36 tahun merupakan seorang usahawan sate. Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menjual sate di pasar malam sahaja. Sehingga kini beliau telah menyewa sebuah kedai dan berniaga di kedai berkenaan. Pendapatan beliau sebulan adalah Rm 1500 selepas mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Damak.