Rohaya bt Mohd Salleh berumur 54 tahun merupakan seorang usahawan tea mulberry. Beliau merupakan seorang usahawan yang pada mulanya berniaga jus Roselle iaitu buah roselle yang dikeringkan di pack dan jual. Kemudian beralih pula kepada berniaga UC MULBERRY TEA. Beliau tiada usaha mempromosikan produknya di atas talian. Hanya mengharapkan kaedah penyebaran secara individu ke individu. Dan pendapatan daripada kerjanya tiadalah setimpal serta tiada sambutan. Beliau kerap kali hadir menyertai program dan hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ict. Kini, produknya telah mendapat sambutan hasil daripada penggunaan aplikasi Whatapps dan media IT. Turut dibantu juga anak beliau yang bernama Ziera di dalam promosikan produk. Pendapatannya kian bertambah dan penghasilan produknya turut meningkat.