Latar Belakang 

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar tahun 5. Beliau sangat aktiv ketika di sekolah. Beliau juga seorang yang mudah belajar dan sangat meminati pembelajaran komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Pekan Damak, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat dan edit gambar menggunakan Microsoft Office dan juga asas aplikasi lain untuk kemudahan akan datang. Kini beliau datang ke PEDi untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan menggunakan komputer tanpa tunjuk ajar dari petugas.