BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Afni Umairah Binti Rashidi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Afni Umairah merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar darjah 6. Beliau juga pernah memasuki pertandingan nasyid di peringkat sekolah. Maka, beliau selalu mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan internet dan belajar menggunakan komputer. Beliau di jemput memasuki kelas komputer bersama kawan-kawan yang lain untuk mempelajari pengetahuan ICT dengan betul yang terdapat di Pusat Internet Pekan Damak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul.