Nama : Zaida binti Mohammad
Umur : 33 tahun
Ahli : 2010

 

Latar Belakang 

Pn. Zaida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya menjual pakaian online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini beliau tidak mahir menggunakan internet di dalam kerja-kerja mempromosikan produk, kerana beliau selalu memperkenalkan produk beliau kepada penduduk kampung sahaja. Pendapatan beliau hanya RM 500 – RM 1000 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak PEDi, beliau cuba mendapatkan maklumat serta kaedah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Beliau dibimbing secara khusus berkaitan dengan kaedah menggunakan e-mail dan mempromosikan produk (menggunakan PC dan Android). Selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Myshop dan facebook untuk memprosikan produk beliau. Kini Pendapatan beliau sudah meningkat dari RM 1000 – RM 1700 sebulan.