Nama : Siti Aisyah Binti Kamisan
Umur : 30 tahun
Ahli : 13 Julai 2014

 

Latar Belakang 

Puan Aisyah merupakan seorang pekerja swasta yang berkerja di Kampung Damak. Beliau bukan daripada keluarga yang berniaga tetapi untuk mengubah hidup beliau, beliau memulakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjadi penjual produk kecantikan secara dropship. Menjadi dropship beliau tidak mengeluarkan modal, beliau hanya mempromosikan produk orang untuk mendapatkan keuntungan sahaja. Kemudian beliau naik jadi agent jualan produk skincare sehingga sekarang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. Promosi disebarkan melalui kawan-kawan dan pelanggan yang datang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau sedah memiliki akaun sosial facebook, e-mail, whatsapp, Dashboard Komuniti Myshop dan sebagainya. PEDi banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti dan seluruh Malaysia. Hasilnya kini amat memberangsangkan. Selain itu juga, pelanggan tetap adalah penghuni kawasan tempat tinggal beliau. Kini pendapatan beliau mencecah RM 1000 – RM 2000 sebulan.