Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) ingin mendapatkan kerjasama untuk menyertai dan menguar-uarkan kaji selidik CFM yang terbaru.
 
Kaji selidik CFM bertujuan untuk meninjau penerimaan pengguna terhadap internet sebagai utiliti.
 
Kami berharap dapat menjangkau seberapa banyak responden di Malaysia dengan kerjasama anda.
 
CFM Survey akan berjalan daripada 15hb sehingga 21hb November 2021.
 
Terima kasih di atas sokongan anda!