Sumber gambar: Taman Negara Asia, Joel Duverger, Pikor cute & Kelahsanctuary3

Ikan-ikan kelah ini dipulihara untuk mengekalkan jumlah spisis mereka. Malahan, ikan kelah merupakan ikan termahal di Malaysia dan diancam kepupusan jika tidak dijaga.

Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh memberi makan kepada mereka dan juga bermain bersama. Namun, anda tidak dibenarkan untuk menangkap ikan ini.

Lebih menyeronokkan lagi anda akan nampak ikan-ikan ini berenang dengan jelas kerana air sungai yang sangat jernih bak kristal. Jika ingin pergi ke sini, anda perlu menggunakan bot daripada Lata Berkoh mengambil masa 30  hingga 40 minit masa perjalanan.

Link : https://aliffchannel.com/57166/tempat-menarik-jerantut/