Rabbitland ini terletak di Bandar Jengka. Memang kawasan tumpuan orang ramai. Di Rabbitland Jengka ini anda boleh lihat arnab yang sangat comel dengan pelbagai rupa. Pastinya membuat anda geram. Namun jangan teruja lagi, sebenarnya bukan arnab sahaja yang ada di Rabbitland Jengka ini. Banyak lagi haiwan lain yang ada. Antara haiwan yang ada di sini ialah ayam serama, kambing, biawak, kuda, arnab, kerbau, lembu, burung ostrich, dan banyak lagi. Jika bertuah unta pun anda akan jumpa. Banyak sangat haiwan yang ada untuk bawa anak-anak di sini. Anda juga berpeluang untuk memberi haiwan-haiwan makan. Harga tiket juga sangat berpatutan di sini. Harga tiket untuk dewasa RM 8 dan kanak-kanak RM 5. Sangat-sangat berbaloi. Ada juga Hobbit House di sini. Nak tengok rumah macam batu tu bolehlah datang ke sini. Bawa pengalaman baru untuk anak-anak. Mereka pasti akan berasa gembira dan puas berada di Rabbitland Jengka ini.

Link : https://coklatvanilla.com/7-tempat-menarik-di-jengka-pahang-wow-syoknya/