Tempat Rekriasi 

Hutan Lipur Som terletak di Daerah Jerantut, Pahang. Kemudahan yang disediakan di sini adalah pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan. Di buka dari 7:00 pagi hingga 6:00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah Tingkat 1, Kompleks Pejabat Kerajaan, 27000 Jerantut, Pahang. Tiada bayaran masuk dikenakan. Perjalanan ke sini menaiki kereta sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi. Lokasi di tepi jalan utama jalan Jerantut - Benta.

Perjalanan lebih kurang 16 KM dari Bandar Jerantut melalui jalan Jerantut-Temerloh dan 210 KM dari Bandar Kuantan - Temerloh. Hutan Lipur Som terletak di dalam Hutan Simpan Som. Hutan simpan ini juga dikenali dengan nama Hutan Kenong berkemungkinan berkait rapat dengan nama sungai Kenong yang terdapat di sini. Hutan ini merupakan jenis hutan dipetrokarpa pamah. Keluasan Hutan ini dianggarkan keluasan 2.5 hektar.

Sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

http://akuanakpahang.blogspot.my/2015/03/keindahan-hutan-lipur-som-jerantut.html