PAHANG

Kalau sebut sahaja mengenai muzium mesti ada yang rasa “oooo bosannya” Hakikatnya ia mempunyai peranan yang besar kepada Negara dan Bangsa biarpun ramai yang seakan-akan sengaja melupakan kewujudanya. Lipis tak kurang hebatnya. Seperti di Lipis masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan Muzium Warisan Lipis. Muzium ini terletak di Bukit Bius Kuala Lipis. Beberapa galeri disediakan seperti galeri diraja, sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British dan banyak lagi . Nak tahu lebih lanjut moh kita ke Muzium Warisan Lipis .