Galeri warisan Pawang Nong terletak di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang yang berhampiran dengan bangunan RTC Ulu Cheka. Terdapat banyak khazanah lama yang tersimpan di situ seperti yang tertera di dalam gambar. Galeri warisan Pawang Nong telah dirasmikan oleh ahli parlimen Jerantut iaitu YB. Haji Ahmad Nazlan Bin Haji Idris pada 23 oktober 2016 sempena program perasmian penutup bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang di adakan di Kampung Ulu Cheka.