Di Jerantut terdapat sebuah pusat pengeluaran benih ikan air tawar yang di uruskan oleh Jabatan Perikanan. Tempat ini terletak di Kampung Perlok, kira 38 km dari bandar Jerantut dan dinamakan Pusat Pengembangan Akuakultur, Perlok. Untuk ke perikanan dari bandar Jerantut mengambil jalan menghala ke Benta dan bila sampai saja di Pekan Damak masuk simpang kiri ke Hulu Cheka. Hulu Cheka adalah kampung arwah Pawang Nong. Kemudian akan jumpa kampung Perlok. Di sinilah terletaknya pusat tersebut. Boleh juga masuk dari Kuala Krau melintas jalan keretapi ke Kg. Paya Luas. Kita akan bertemu beberapa kg. Orang Asli seperti Penderas dan terus melalui celah bukit untuk tiba kesini. Di akuakultur ini terdapat beberapa jenis ikan seperti ikan kelah, ikan kerai, tengalan , keli, patin, lampam dan banyak lag. Anak ikan yang telah menetas akan dipelihara dan dijual kepada pengusaha kolam ikan.
http://damak.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/628-pusat-pengembangan-akualkultur-perlok#sigFreeId2337a7f34e
http://orangpahang.blogspot.com/2010/10/pusat-pengembangan-akualkultur-perlok.html