Taman Air Darul Makmur, sebuah taman mini di bawah pengurusan Hotel Darul Makmur, Jerantut yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Berkeluasan 2.5 ekar berkonsepkan Taman negara ini mempunyai 3 buah kolam iaitu kolam utama, kolam kanak-kanak dan kolam luncur. Kolam-kolam ini dinamakan sempena nama pokok2 yg terdapat di Taman Negara seperti Tasik Meranti, Pantai Cengal dan Lubuk Tualang. Terdapat juga 15 buah gazebo untuk disewa yang dinamakan sempena nama ikan di Sungai Pahang seperti ika kelah, tapah, tenggalan, kerai, lampam, jelawat dan sebagainya. Untuk kemudahan pengunjung, kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan dan juga surau disediakan. Terdapat juga sebuah restoran diberi nama “Tepian Darul Makmur” yang merupakan restoran dalam taman air milik hotel dan dijadikan food court bagi taman air ini. Taman Air Darul Makmur ini terletak di tengah bandar lama Jerantut. Pengunjung hanya perlu mencari lokasi Bandar Lama Jerantut, Hotel Darul Makmur atau Stesen Keretapi Jerantut untuk sampai kesini. Ia boleh memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa. Selain dari gazebo yang disewa, taman air ini turut menyediakan kerusi meja batu utk kemudahan pengunjung.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : 09-2662552

Laman web : https://negeripahang.com/sejukkan-badan-di-taman-air-darul-makmur