Jangan menyangka bahawa hanya Shah Alam sahaja mempunyai I  City tetapi Jerantut juga tak kalah hebatnya.  Tempat menarik di Jerantut yang disinari lampu berwarna-warni ini merupakan taman permainan dan taman rekreasi di daerah Jerantut. 

Taman permainan yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut ini berjaya menambat hati para pengujung untuk datang bersantai bersama keluarga pada waktu malam. Lampu-lampu pada waktu malam adalah tarikan tempat ini terhadap pengunjung.

Majlis Daerah Jerantut berjaya menyediakan kawasan santai dan rehat ini dengan segala kemudahan. Antaranya adalah gerai-gerai untuk anda menjamu selera, buaian, pondok rehat, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat tayangan dan sebagainya.

Laman web : https://www.ammboi.com/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/