Peristiwa Banjir Kilat di Sekitar Kampung Damak dan Batu Balai.

Hujan Lebat di antara Pukul 11.30 tengah malam (3/6/2020) hingga pukul 2 pagi (4/6/2020) dengan kadar hujan sebanyak 120mm.

Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan bersedia menghadapi kemungkinan di masa akan datang.

Terima kasih kepada penduduk-penduduk kampung Damak, kampung Batu Balai dan penduduk sekitarnya yang bersama-sama membantu mempermudahkan urusan terutamanya Belia-Belia yang tampil membantu.

Turut berterima kasih dan penghargaan kepada Penduduk Kg. Damak, Penduduk Kg. Som, Penduduk Kg. Batu Balai yang membantu, Pihak Pengurusan JKKK di dalam Mukim Hulu Cheka, Pej. Daerah & Tanah Jerantut, Penghulu Mukim Hulu Cheka, ADUN Damak, Parlimenn Jerantut, PDRM Pondok Polis Damak, PDRM Balai Polis Batu Balai, Angkatan Pertahanan Awam Jerantut, Bomba Jerantut, Bomba Sukarela Damak, JPS Daerah Jerantut, JKR Daerah Jerantut dan semua yang terlibat.

Sumber : Facebook Sri Dewi
 

Aktiviti JKKK bulan ini adalah gotong-royong menambahbaik surau Kampung Belukar Damak. JKKK dan penduduk kampung bersama-sama turun pandang menambahbaik surau untuk keselesaan penduduk Kampung beribadah.

Aktiviti JKKK Kampung Damak bersama AJK masjid mengadakan program bubur Assyura sempena Awal Muharram. Program di adakan pada 2 oktober 2018 iaitu pada hari selasa bermula jam 8.00 pagi bertempat di perkarangan Masjid Kampung Damak. Selesai program masak bubur asyura, para JKKK dan AJK masjid mengagihkan kepada penduduk kampung.

Aktiviti gotong-royong ajk jkkk Kampung Damak menebang pokok di depan bangunan KRT Pekan Damak. Mereka Bersama-sama membersihakn kawasan tersebut supaya kelihatan lebih bersih dan terang.