Badan khairat kematian mengadakan sedekah kepada penduduk Kampung Damak yang dalam kesusahan atau asnaf yang memerlukan bantuan.

Progran diadakan pada hari jumaat 5 jan 2018 selepas waktu solat jumaat. Semua JKKK Kampung Damak bersama turun untuk membetulkan kepuk arah kiblat tanah perkuburan Islam Kampung Damak. Turut bersama Ketua Kampung Damak En. Razlan bin Pasadi bersama JKKK Kampung Damak.

Pelajar Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Damak gotong-royong bersihkan Masjid Kg. Damak. Aktiviti sukarelawan selepas peperiksaan UPSR. Selepas bersihkan masjid, jamuan makan disediakan untuk mereka. Selain itu, guru-guru dan AJK masjid juga turut terlibat bersama membersihkan masjid Kg. Damak.

.

Majlis Penyerahan van Jenazah merupakan sumbangan daripada YB. Dato' Hj. Ahmad Nazlan, Ahli Parlimen Jerantut bertarikh 13 Disember 2017 iaitu pada malam majlis Maulidul Rasul yang di adakan di Masjid Kampung Damak. Antara yang terlibat adalah Ketua Kampung Damak En. Razlan Bin Pasadi dan JKKK Kampung Damak serta jawatankuasa Masjid Kampung Damak.

JKKK Surau Kampung Damak telah membuat bangsal baru tempat untuk meletakkan barang-barang keperluan perkuburan di Kampung Chengkuak, Damak. Bersama-sama menjayakan jkkk surau dan Ketua Kampung Damak iaitu Encik Razlan bin Pasadi.