Taman rekriasi air Kampung Binjai, Jerantut, Pahang merupakan tempat riadah yang sesuai untuk ahli keluarga. Mereka juga menyediakan pakej perkelahan keluarga, pakej sambutan hari lahir, pakej hari keluarga dan pakej majlis reunion.

Waktu operasi :-

Isnin - Jumaat : 4.00 pm - 7.00 pm

Sabtu - Ahad : 9.00 am - 7.00 pm

Untuk tempahan boleh whatsapp tekan link :

www.whatsapp.com.my/0146553457

 

Sungai Empang Jeneris terletak di Kampung Jeneris, Ulu Cheka. Sungai Empang Jeneris berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Ulu Cheka. Sangat sesuai kepada yang tidak suka akan sesak atau ramai orang tetapi ingin berkelah, kerana sungai ini tidak dalam dan boleh bawa anak-anak untuk bermain air sungai.

Mari kita menakluk puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 m. Jika anda cukup berani untuk naik dan turun gunung, menyeberangi sungai, melakukan perjalanan jarak jauh dan berkhemah tempat menarik di Jerantut, Gunung Tahan di Jerantut ini mungkin akan memberi pengalaman terbaik untuk anda lalui.

Di sini, terdapat beberapa laluan yang perlu anda tempuhi. Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Gunung Tahan yang dikatakan tempat menarik di Jerantut ini terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32 km dari Kuala Juram, Merapoh.

100% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung yang akan mendaki gunung ini sebagai pengembaraan baru buat mereka.  Persediaan perubatan dan latihan yang mencukupi sebelum trekking adalah penting untuk mencapai rancangan ekspedisi anda. 

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/

Tasik Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Struktur geografi lokasi tempat menarik di Jerantut ini memanjang dengan jarak 35 km dan lebar 20 km  ke saluran Sungai Pahang.  Tasik yang dinobatkan sebagai tasik terbesar di Malaysia ini merupakan penempatan bagi orang asli.

Kawasan ini kaya dengan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, ekosistem yang menyokong kepelbagaian kehidupan haiwan dan tumbuhan.  Sekunjungnya anda ke  tempat menarik di Jerantut ini, anda boleh mengambil foto dan merakam momen-momen indah memandangkan kawasan sekitar tasik ini sangat cantik.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/

Resort ini terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan getah yang pastinya menawarkan suasana yang sangat indah berlatar belakangkan alam semulajadi pohon.

Tak hanya khidmat penginapan yang mereka sediakan, malah aktiviti kekeluargaan seperti mandi-manda di kolam renang yang luas, berbasikal di sekitar kawasan ladang, memancing dan banyak lagi.  Salah satu tarikan utama tempat menarik di Jerantut ini ialah pemandu pelancong  akan membawa pelawat untuk lawatan pendidikan ke tempat menarik sekitar kawasan ini seperti Gua Kota Gelanggi, Gua Gunung Senyum, serta ladang getah dan minyak.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/