Beralamat : No 10, Lorong Alamanda 2, Taman Alamanda, 27000 Jerantut, Pahang

No Tel : 0199885670

Link : https://www.facebook.com/ViaFerrataTasikHati/

 

KUALA GANDAH

Ditubuhkan pada tahun 1989, Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah di Pahang yang terletak di dalam Rizab Hidupan Liar Krau ini juga berada dalam kategori tempat menarik di Jerantut.   Pusat ini bertujuan untuk memelihara habitat gajah daripada diancam kepupusan.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, lebih daripada 700 gajah liar telah berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai seperti Taman Negara.  Di pusat ini, anda akan disajikan dengan aktiviti seperti menonton dokumentari, perbincangan pemuliharaan bagi memperkenalkan latar belakang dan kebolehan gajah dengan latihan dan lain-lain lagi. 

Seterusnya, anda juga dibenarkan melihat dan memberi makan gajah yang dipelihara di pusat pemuliharaan ini. Pusat ini dibuka setiap hari pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/

 

Gua Kota Balai adalah sebuah Gua di Jerantut Pahang yang telah dijadikan sebagai salah satu kawasan rekreasi atau peninggalan untuk anda bersiar-siar.  Di samping menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah gua ini, anda boleh mendapatkan suasana tenang dan privasi di sini.

Pada tahun 1970-an, aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran telah dijalankan.  Untuk pengetahuan anda, pada masa ini sebuah tangga gua telah dibina oleh pengusaha yang mengambil najis kelawar ketika itu.  Justeru, nama Gua Tangga diberi sempena tangga besi yang ada di situ.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/

Lata Berkoh

Lata Berkoh adalah kawasan mandi-manda atau air terjun yang terdapat berdekatan dengan Taman Negara Pahang.  Sebagai sebuah tempat menarik di Jerantut, ramai penduduk sering datang bermandi-manda di sini.

Air yang jernih di Lata Berkoh ini membolehkan anda melihat ikan kelah yang makin pupus. Namun, ikan kelah terjaga rapi di Lata ini dan pasti akan berenang bersama-sama anda di dalam air nanti. Anda boleh menaiki bot untuk ke lata yang lebih dalam dan ke pesisiran kawasan air ini.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/#13_Lata_Berkoh

buluh hill bukit buluh min

Bukit Buluh di Felda Padang Piol, Jerantut digelar sebagai hutan merah oleh penduduk tempatan disebabkan oleh pokok dengan kulit kayu dan dahan berwarna merah tua yang menjulang tinggi ke langit biru. Bilangan orang yang datang dari bandar jiran hanya untuk mengambil gambar di antara keajaiban pokok indah ini adalah sungguh mengagumkan. Sebenarnya, ia adalah pokok kelat gelam, sejenis pokok yang mempunyai akar dan dahan yang berjalin yang dikatakan sangat lembut.

Tidak sukar bagi penggemar sukan lasak untuk mendaki puncak yang mencapai ketinggian 371 meter. Pendakian ini akan mengambil masa kira-kira sejam dari mula hingga tamat. Denai pendakian bermula di sebidang ladang kelapa sawit. Sebagai salah satu tempat menarik di Jerantut yang popular, anda harus meluangkan masa apabila anda sampai ke puncak kerana tempat ini menawarkan pemandangan indah alam semula jadi.

Link : https://www.trixoli.com/ms-my/tarikan/malaysia/jerantut/