Sesiapa yang kerja berdiri sepanjang hari atau mempunyai masalah bengkak kaki, ini mungkin posisi yang boleh melegakan kaki anda.
Apabila anda tidur/ baring dengan kaki sedikit tinggi , ia dapat membantu aliran darah kembali ke jantung dengan lebih mudah sekaligus mengurangkan bengkak kaki.
Posisi ini juga mengurangkan tekanan pada tulang belakang, memberikan kelegaan kepada mereka yang sering sakit belakang.
Selain itu, tekanan pada perut berkurang, menjadikan tidur anda lebih nyaman tanpa gangguan refluks asid.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=948283517333147&set=a.615205943974241
FB : Public Helath Malaysia
Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ธ๐ถ๐ป๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ('๐๐ผ๐บ๐ฒ ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ฒ๐ถ๐น๐น๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ข๐ฟ๐ฑ๐ฒ๐ฟ' - ๐๐ฆ๐ข) serta ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐ถ๐๐๐ฝ ๐บ๐๐ธ๐ฎ yang berkuatkuasa pada ๐ญ๐ฑ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=881381497357188&set=a.221890939972917
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia
Semasa sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, menu berasaskan daging adalah antara yang menjadi pilihan utama. Daging cukup terkenal sebagai sumber tenaga dan sumber protein yang tinggi selain turut membekalkan sumber mineral penting seperti zat besi. Dikongsikan tips meningkatkan khasiat daging.
Ingat Daging mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Jadi, ambil hidangan daging secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871285548366783&set=a.221890939972917
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia
Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.
Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.
Namun, diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia
Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=842595461235792&set=a.221890939972917