Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98% varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage).

Varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara China turut telah dikesan di Malaysia.

Langkah-langkah kesihatan awam yang perlu diambil adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

•  Elakkan 3S
•  Amalkan 3W
•  Amalkan TRIIS
• Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala
• Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang. 

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=547570947404913&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

MUSIM BANJIR 2022

𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa.

Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti yang dikongsikan bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa musim banjir.

Jaga Keselamatan, Cegah Sebelum Terlewat

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=529159942579347&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

kesihatan sept2022

Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang & sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia mengikut konsep #SukuSukuSeparuh.

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=461771072651568&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

LANGKAH PENCEGAHAN KAWALAN KENDIRI DAN KESIHATAN AWAM NOV2022

Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi saranan kesihatan awam seperti dikongsikan.Amalan kesihatan awam yang baik mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=511823830979625&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

STATUS TEKANAN DARAH OGOS 2022

Obesiti dan paras kolesterol dalam darah yang tinggi adalah antara faktor risiko mendapat Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).
50% dari kes-kes NCD dalam kalangan dewasa di Malaysia, tidak disedari.
Ini menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan dan berisiko tinggi mendapat komplikasi kerosakan organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, sistem saraf dan mata.
Malahan NCD juga penyebab utama kematian di Malaysia.

✅ Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda dan membantu anda mengurus kehidupan yang lebih sihat.

JOM KETAHUI BACAAN INDEKS JISIM TUBUH, TEKANAN DARAH, PARAS GLUKOS DAN KOLESTEROL ANDA. 

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=441592404669435&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia