LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI JUN2023

Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

Kini, bilangan kes demam denggi dalam jarak 200 meter serta status wabak satu kawasan dapat diakses melalui aplikasi iDengue atau pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/. Pelbagai informasi termasuk bahan pendidikan kesihatan berkenaan denggi juga terdapat dalam aplikasi dan laman sesawang iDengue.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa. 

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=655494983279175&set=a.221890943306250

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

PANDUAN KEKAL SIHAT KETIKA CUACA PANAS MEI2023

Gelombang haba merupakan situasi di mana suhu harian maksimum melebihi 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut.

Apabila berada di luar rumah, seseorang berpotensi terdedah kepada pancaran matahari secara terus.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan pendedahan terhadap cuaca panas dengan memakai topi/payung agar dapat mengurangkan pancaran terus cahaya matahari ke badan.

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=634454328716574&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesiahatan Malaysia

GLAUKMA MAC 2023

Glaukoma merupakan penyakit mata yang melibatkan kerosakan saraf optik.

Sekiranya tidak dirawat, glaukoma boleh mengakibatkan kebutaan yang kekal. Punca kebutaan yang ketiga adalah glaukoma(7%) selepas katarak (58%) dan diabetik (diabetik retinopati dan maculopati) (10%) di Malaysia.

Glaukoma pencuri senyap penglihatan.

Awasi penyakit glaukoma, sayangi penglihatan anda

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=596447382517269&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

KESIHATAN APRIL2023

Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering (non-productive/dry, irritating) dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan panggil balik kepada semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine. Perkara ini adalah berikutan pengambilan pholcodine boleh menyebabkan risiko berlakunya anaphylaxis (reaksi alahan yang serius) dengan penggunaan neuromuscular blocking agents (NMBAs).

Orang awam diminta untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko tersebut. 

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=605971711564836&set=a.221890943306250

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

OBESITI DAN RISIKO KANSER

Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.

Kami kongsikan tip penurunan berat badan:

- Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.
- Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori.
- Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.
- Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.

 

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=579344190894255&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia