Nama : Suhana binti Mohd Zain
Umur : 37 tahun
Ahli : 5/5/2010

 

Latar Belakang 

Bermula dari berniaga di pasar malam kemudia ekspo bandar jerantut akhirnya telah membuka kedai runcit dan mempromosikan barang secara online

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini, perniagaan beliau kurang sambutan dan sesetengah tidak mengetahui tempat perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan promosi yang disediakan oleh PEDi, kini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga semua penduduk sudah mengetahui dikawasan pekan damak telah ada kedai runcit baru.

suhana

Nama : Siti Fatimah binti Ab. Wahab
Umur : 33 tahun
Ahli : 21/6/2011

 

Latar Belakang 

Berbekalkan tekad yang tinggi seorang surirumah, Pn. Siti Fatimah berusaha menjalankan perniagaan Andaman dan Spa di Pekan Damak. Beliau menyediakan pelbagai perkhidmatan dan menjual pelbagai produk kecantikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sebulan. Beliau bergerak menggunakan kenderaan sahaja, tanpa kedai serta peralatan yang lengkap.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau mulai meningkatkan pengetahuan ICT dengan mempelajari fungsi dan penggunaan media sosial. Setelah beliau terdedah dengan ICT, jaringan komunikasi beliau telah meningkat. Ini memberi impak kepada perniagaannya dari sudut perkongsian maklumat dan proses menaik taraf perniagaannya. Dan kini beliau telah berjaya membuka sebuah kedai Andaman dan Spa di Pekan Damak serta turuf berjaya membuka sebuah lagi pusat Andaman dan Spa di Bandar Jerantut. Kini pendapatan daripada perniagaannya telah meningkat dua atau tiga kali ganda mengikut musim.

ek

BELAJAR ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT 

Nama : Asma Damia binti Rashidi
Umur : 7 tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

Seorang pelajar sekolah rendah yang ingin belajar menggunakan komputer dan internet dengan baik

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Tiada pengetahuan tentang ict

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas yang dihadiri, Damia telah pandai menggunakan komputer dengan baik dan telah mengetahui asas tentang komputer seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan lain-lain.

1

Nama : Badrul Hisam Bin Bistamam
Umur : 60 tahun
Ahli : 18/3/2010

 

Latar Belakang 

En. Badrul Hisam menjalankan perniagaan menjual gas kegunaan seharian (LPG) secara kecil-kecilan. Beliau menyediakan stok kepada penduduk di sebuah taman yang berhampiran dengan rumahnya dengan menggunakan motosikal.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Beliau menjalankan perniagaan menggunting rambut, namun tidak Berjaya berikutan kurang mendapat sambutan. Oleh yang demikian beliau cuba menceburi perniagaan menjual gas LPG kepada penduduk sekitar. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50-80 unit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak PEDi, beliau cuba mendapatkan maklumat serta kaedah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Beliau dibimbing secara khusus berkaitan dengan kaedah menyimpan data perniagaan dengan menggunakan modul Microsoft Office dan didedahkan dengan modul perniagaan dari masa ke masa. Kini pendapatannya telah meningkat berikutan usaha beliau menjadi agen yang menjual gas tersebut di kawasan itu. Dan beliau telah pandai menggunakan Microsoft Office (Excel) untuk menyimpan data serta membuat pengiraan perniagaan selain dari mendapatkan asas-asas perniagaan dari internet.

pokdebandrul

Nama : Salhazrina Binti Mat Sani
Umur : 31 tahun
Ahli : 2016

Latar Belakang 

Pn. Salhazrina mula menceburkan diri dalam perniagaan online Queen Of Mutiara bermula oktober 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan bulanan beliau sebelum mengikuti kelas latihan keusahawanan hanya sekitar RM 400 – RM 500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau kini telah memiliki facebook sendiri untuk mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1000 – RM 2000 sebulan.

IMG 20161214 WA0002