Nama : Siti Aisyah Binti Kamisan
Umur : 30 tahun
Ahli : 13 Julai 2014

 

Latar Belakang 

Puan Aisyah merupakan seorang pekerja swasta yang berkerja di Kampung Damak. Beliau bukan daripada keluarga yang berniaga tetapi untuk mengubah hidup beliau, beliau memulakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjadi penjual produk kecantikan secara dropship. Menjadi dropship beliau tidak mengeluarkan modal, beliau hanya mempromosikan produk orang untuk mendapatkan keuntungan sahaja. Kemudian beliau naik jadi agent jualan produk skincare sehingga sekarang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. Promosi disebarkan melalui kawan-kawan dan pelanggan yang datang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau sedah memiliki akaun sosial facebook, e-mail, whatsapp, Dashboard Komuniti Myshop dan sebagainya. PEDi banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti dan seluruh Malaysia. Hasilnya kini amat memberangsangkan. Selain itu juga, pelanggan tetap adalah penghuni kawasan tempat tinggal beliau. Kini pendapatan beliau mencecah RM 1000 – RM 2000 sebulan.

Nama : Siti Fatimah Bt. Ab. Wahab
Umur : 34 tahun
Ahli : 21 Jun 2011

 

Latar Belakang 

Puan Fatimah merupakan seorang usahawanita andaman dan spa pada permulaan perniagaan. Beliau juga menjual produk Giffarine secara online dan offline. Kini beliau membuka mini market yang berdekatan dengan rumah beliau. Beliau membuka mini market bermula pada bulan april 2019 sehingga kini. Walaupun beliau membuka kedai runcit, jika ada pelanggan yang mahu menggunakan khidmat Andaman dan spa maka beliau laksanakan. Pusat Internet Pekan Damak menyediakan platform untuk Puan Fatimah memasarkan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan. Promosi disebarkan melalui kawan-kawan dan pelanggan yang datang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau sedah memiliki akaun sosial facebook, e-mail, whatsapp, Dashboard Komuniti Myshop dan sebagainya, banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti dan seluruh Malaysia. Hasilnya kini amat memberangsangkan. Selain itu juga, pelanggan tetap adalah penghuni kawasan tempat tinggal beliau. Kini pendapatan beliau mencecah RM 2500 – RM 3500 sebulan.

Nama Roseffazleen Bt. Abd. Rahman
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang 

Menjalankan perniagaan penginapan, sewa dewan, peralatan dan penyediaan makanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pernigaan bergantung kepada pelanggan tetap yang datang secara bermusim. Hanya bergantung kepada sistem promosi secara lisan, risalah dan komuniti sekeliling sahaja. Pendapatan tidak konsisten walaupun pernah menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Perniagaan semakin berkembang kerana telah pandai menguruskan perniagaan dan kaedah promosi yang semakin berkesan. Pelanggan baharu mulai datang setelah mendapatkan info yang menarik dan sentiasa dikemaskini.

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Noraizam Bt. Jamaludin
Umur : 37 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Seorang Ibu yang tidak mengetahui langsung kaedah menggunakan computer mahupun internet. Kesibukan kerja seharian menyebabkan kekangan untuk mengambil tahu berkenaan dengan kemahiran computer/internet. Hanya hadir ke Pusat Internet mengikut anak yang ingin menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Tidak mengambil tahu berkenaan dengan penggunaan komputer ataupun internet

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Mulai menggunakan gajet (Telefon Pintar) dan mempunyai laman sosial untuk bersosial dan membantu perniagaan kecil-kecilan. Malah telah pandai menggunakan komputer sedikit demi sedikit.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ADOBE PHOTOSHOP

Nama : Fadzilahani binti Ismail
Umur : 44 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan ada membuat jualan makanan di gerai depan rumah secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet dengan betul.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau juga sudah boleh menaip surat, membuat pembentangan latihan menggunakan Microsoft Office serta dokumentasi dan beliau juga telah masuk kelas adobe photoshop.