USAHAWAN ONLINE MENJUAL PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Nama | : Zalinah Binti Mohamed Anuar |
Umur | : 42 tahun |
Ahli | : 2013 |
Latar Belakang
Pn. Zalinah merupakan seorang suri rumah dan menjual produk kesihatan dan kecantikan secara secara kecil-kecilan di Kampung Damak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negari yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1300.
BELAJAR INTERNET DAN MENAIP
Nama | : Norhamizawati Binti Zakaria |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 12/3/2016 |
Latar Belakang
Bekerja sebagai Guru KAFA di dalam kampung. Terlibat dengan kerja-kerja pengurusan dan dokumentasi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Tiada pengetahuan dalam menggunakan Microsoft Office
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Kini telah mampu menyediakan dokumen-dokumen dalam pelbagai format untuk urusan pentadbiran, laporan dan apa sahaja yang melibatkan tugasan kerja.
USAHAWAN ONLINE MENJUAL PAKAIAN DAN KEPERLUAN MASKULIN
Nama | : Muhammad Fakhri Bin Dahlan |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Merupakan seorang graduan muda yang cuba menceburkan diri di dalam perniagaan secara online secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Beliau kurang mahir menggunakan platform media secara menyeluruh untuk memasarkan produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau mulai meningkatkan kualiti pengiklanan, kaedah pengurusan, pemilihan media yang sesuai dan lebih mahir daripada sebelumnya.
USAHAWAN ONLINE
Menjual kelengkapan wanita/produk kecantikan. (Solekan/Pewangi dll)
Nama | : Hamidan binti Ismail |
Umur | : 55 tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar Belakang
Merupakan seorang peniaga kecil-kecilan yang menjalankan perniagaan keperluan wanita seperti pakaian, pewangi, sabun dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Beliau tidak pernah menggunakan apa jua platform media sosial untuk mempromosikan produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Beliau telah menggunakan medium aplikasi WhatApps untuk mempromosikan produknya.