Nama : Noraizam Binti Jamaluddin
Umur : 37 tahun
Ahli : 2013

 

Latar Belakang 

Pn. Noraizam telah berjaya menjual pelbagai produk dari masa ke semasa dan menerima pelbagai tempahan. Perniagaannya mendapat sambutan dan kini beliau mulai perniagaannya di sebuah premis bersewa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Tiada urusan promosi dan penyampaian maklumat kepada umum tentang usahanya dan pendapatannya sangatlah rendah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau banyak kali hadir ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan kaedah untuk mempromosikan produk/kerja beliau kepada umum. Selain itu beliau juga mempelajari kaedah mengambil tempahan dan merekodkan data daripada petugas PPEDi. Kini beliau telah berjaya membuka sebuah kedai di Pekan Damak untuk tujuan jualan/perniagaannya.

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Muhamad ‘Ammar Danial bin Razlan
Umur : 20 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Muhamad ‘Ammar Danial adalah seorang bekas pelajar Matrikulasi, beliau ingin melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah. Namun, beliau hanya mempunyai asas pengetahuan ict sahaja. Maka, beliau selalu mengunjungi PEDi untuk menggunakan internet dan belajar menggunakan komputer. Beliau di jemput memasuki kelas komputer bersama kawan-kawan yang lain untuk mempelajari pengetahuan ICT dengan betul yang terdapat di PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penglibatannya di PEDi, Muhamad ‘Ammar Danial tidak mempunyai email peribadi dan tidak cekap menaip. Beliau hanya mempunyai asas pengetahuan ICT melalui telefon bimbit sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas intel yang dibimbing oleh PEDi, beliau kini telah memiliki akaun gmail tersendiri dan juga telah pandai dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Hal ini memudahkan beliau untuk membuat kerja kursus atau pembentangan dengan menggunakan Microsoft yang dipelajari oleh beliau. Beliau juga telah pandai dalam menggunakan internet dengan betul dan bijak.

 BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Alma Jidah binti Abdul Latif
Umur : 12 tahun
Ahli : 3/3/2017

 

Latar Belakang

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar tahun 6. Beliau pernah memasuki sukan peringkat sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan pengawas pusat sumber sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan komputer serta tiada pengalaman untuk mempelajari asas komputer dan Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul serta penggunaan Microsoft Office dengan baik.

20170907 151445

Nama : Mohammad Kamarul Bin Othman
Umur : 29 tahun
Ahli : 2011

 

Latar Belakang 

En. Mohammad Kamarul Bin Othman asalnya seorang pekerja biasa di dalam kerja-kerja Automotif (Membaikpulih kenderaan) dan Kimpalan (Kerja besi). Akhirnya, kembali ke kampung halaman untuk membuka syarikat dan bengkel sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini beliau tidak pandai menggunakan internet di dalam kerja-kerja dokumentasi menggunakan internet seperti penghantaran dan penerimaan dokumen melalui e-mail serta menyediakan invoice, sebut harga dan lain-lain dokumen.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak PEDi, beliau cuba mendapatkan maklumat serta kaedah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Beliau dibimbing secara khusus berkaitan dengan kaedah menggunakan e-mail (menggunakan PC dan Android), mereka bentuk dokumen-dokumen perniagaan dan banyak lagi keperluan syarikatnya di PEDi.

Nama : Meriam binti Mohd Salleh
Umur : 53 tahun
Ahli : 26/11/2013

 

Latar Belakang 

Pn. Meriam melakukan kerja-kerja pembuatan atau penghasilan produk batik secara persendirian di kediamannya. Belilau mendapatkan latihan penghasilan batik dari keluarganya sendiri. Sehingga kini, beliau masih menjalankan perniagaannya di rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Tiada usaha mempromosikan produknya di atas talian. Hanya mengharapkan kaedah penyebaran secara individu ke individu dan pendapatan daripada kerjanya tiadalah setimpal serta tiada sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau mendapatkan bantuan secara individu daripada petugas PEDi memandangkan kegagalan untuk menyertai kelas-kelas ict kerana kekangan masa. Namun, beliau kerap kali hadir menyertai program dan hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ict. Kini, produknya telah mendapat sambutan hasil daripada penggunaan aplikasi Whatsapps dan media IT. Pendapatannya kian bertambah dan penghasilan produknya turut meningkat.

BATIK