Seramai 26 orang peserta wanita Kampung Damak mengikuti kursus penghasilan sos cili dan sos pencicah tanpa bahan pengawet. Kursus ini bertempat di Tadika Perpaduan Kampung Damak lama pada jam 11 pagi bertarikh 14 februari 2019 (khamis). Kursus ini di anjurkan oleh Kolej Komuniti Jerantut. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi dengan menghasilkan sos cili tanpa bahan pengawet.

Wanita Kampung Damak dan AJK surau mengadakan majlis khatam Al-Quran pada 2 januari 2019 bersamaan dengan hari rabu bertempat di Surau Al-Irsyad Kampung Chengkuak, Damak. Antara aktiviti yang dijalankan disurau seperti gotong-royong masak dan juga majlis khatam Al-Quran. Seramai 27 orang yang terlibat menjayakan majlis khatam Al-Quran tersebut.

Majlis ilmu muslimah di adakan di Masjid Kampung Damak pada 6 novembber 2018 pada hari selasa bermula jam 8 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Ceramah disampaikan oleh ustazah Madihah dengan bertajuk "Ciri-ciri Wanita Syurga". Seramai 73 orang muslimah yang hadir ke majlis tersebut. Antara tentatif program adalah sarapan pagi, Solat tahyatul masjid, solat dhuha, kuliah dhuha, soal jawab dan qasidah serta bersurai.

Persatuan wanita Kampung Damak mengadakan program lawatan ke pameran Artifak Rasulullah S.A.W. pada 20 disember 2018 (khamis). Program ini diadakan sempena penutupan tahun akhir program. Seramai 44 orang yang menyertai lawatan ini. 

Persatuan wanita mengadakan majlis khatam Al-Quran di surau Kampung Chengkuak Damak. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. pada 10 september 2018. Apabila selesai majlis khatam Al-Quran jamuan makan disediakan juga.