Perjumpaan usahawanita produk Glowing Skincare di Jerantut Hill. Perjumpaan suai kenal dengan founder bersama agen-agen yang berdekatan sambil mendapat ilmu tambahan mengenai cara untuk berniaga dan menambah pendapatan.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kampung Damak mengadakan mesyuarat pada setiap hari khamis jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi di Pusat Sri Damak, no. 13, kedai 2 tingkat, pusat pertumbuhan desa Damak.

Aktiviti bulan mei 2018, para wanita penduduk Kampung Damak mengadakan gotong-royong membuat sambal hitam untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Damak pada bulan Ramadhan ini. 

Aktiviti bulan jun 2018, wanita Kampung Damak mengadakan tadarus dan khatam Al-Quran dan gotong-royong memasak untuk Iftar Ramadhan.

Aktiviti bulan April ini, Wanita Kampung Damak mengadakan gotong-royong menghias surau, membuat sambal hitam, sedekah dadih ke setiap sekolah tabika kanak-kanak dan juga lawatan ke rumah orang tua yang kurang upaya.