Setiap hari jumaat para wanita akan membuat air dan memberi minum secara percuma kepada para jemaah selepas solat jumaat. Program ini telah bermula sejak awal tahun 2018. 

Kelas mengaji Al-Quran di adakan di surau Kampung Chengkuak, Damak pada setiap hari isnin dan selasa bermula jam 3:00 petang sehingg 5:00 petang setiap minggu. Kelas ini pada mulanya di adakan di Pusat Pertumbuhan Desa Damak, tetapi telah berpindah tempat ke Surau Kampung Chengkuak. Selain kelas mengaji, aktiviti lain seperti kelas khatam Al-Quran dan kelas Pembelajaran Hadith juga di adakan di situ. 

Majlis Khatam Al-Quran dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W diadakan di surau Kampung Chengkuak, Damak. Majlis bermula jam 9:00 Pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari. 

Wanita-wanita Kampung Damak & Kampung Chengkuak membersihkan surau dan menggantikan karpet yang baru di Surau kampung Chengkuak, Damak pada 6 januari 2018. Aktiviti membersihkan surau bermula selepas Zohor sehingga waktu Asar. 

Warga Pusat Pertumbuhan Desa Damak bergotong-royong masak asyura di barisan Kedai dengan bantuan penduduk di sekitarnya. Perlaksanaan memasak bermula pada jam 7.30 pagi. Golongan ibu-ibu dan wanita banyak membantu dalam menyediakan alatan asyura. Para lelaki juga turut terlibat dalam memasak asyura.